Kemaskini Profile & Bank Info

Untuk kemaskini profile dan info bank, klik My Account pada akaun Public Gold anda selepas log masuk.

Kemaskini 1: Butiran Peribadi

1. Untuk kemaskini butiran peribadi, sila klik UPDATE PROFILE.

2. Isi semua maklumat yang masih tidak lengkap.

3. Semua maklumat wajib diisi kecuali yang dinyatakan sebagai OPTIONAL.

4. Untuk Occupation dan Industry, jika tidak berkenaan, pilih “OTHERS”

5. Untuk Company Name, jika tidak bekerja, tuliskan “TIDAK BERKENAAN”.

6. Untuk ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas, sila upload gambar kad pengenalan yang jelas pada ruangan “CHOOSE FILE” iaitu gambar hadapan kad pengenalan pada choose file pertama dan gambar belakang kad pengenalan pada choose file kedua.

7. Untuk kanak kanak berumur bawah 18 tahun, sila upload gambar hadapan dan belakang surat beranak anda.

Selepas selesai, klik request TAC dan TAC NUMBER akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.

Kegagalan untuk melengkapkan kemaskini butiran diri boleh menyebabkan proses tuntutan emas anda kemudian hari terganggu.

Kemaskini 2: Butiran Bank Info

1. Untuk kemaskini maklumat bank, sila klik UPDATE BANK INFO.

2. Isi semua maklumat bank anda kecuali BANK SWIFT CODE (kosongkan).

3. Untuk bank akaun ID, masukkan nombor kad pengenalan anda.

Untuk bank attachment, masukkan penyata akaun anda. Penyata akaun perlu mengandungi bank header (logo bank), nama pemegang akaun dan nombor akaun bank.

Penyata akaun boleh didapati melalui online banking anda seperti Maybank2u, Cimbclicks dan sebagainya. Contoh penyata adalah seperti di bawah.

Untuk kanak kanak bawah 18 tahun, sila masukkan maklumat bank ibu atau bapa atau penjaga yang didaftarkan. Untuk urusan jualan emas, wang hasil jualan akan dimasukkan ke akaun penjaga yang didaftarkan.

Kegagalan untuk kemaskini butiran bank boleh menyebabkan urusan penjualan atau pajakan emas anda terganggu.

Hubungi Saya

HAZIRAH BINTI HAJI JALIL

Master Dealer Public Gold (PG00205189)

Call / Whatsapp

Follow & Like

Scan QR

Translate »